Antara informasi yang aku jumpa :
4 faktor penting bagi mendapatkan CradleFund :
- Inovasi - Idea itu mestilah sesuatu yang sedikit unik dan baru. Kalau idea-idea biasa seperti marketplace, forum, blog.. mereka kata dah berlambak sangat benda tu.. so dah tak nampak inovasi sangat.
- Teknologi - gunakan/wujudkan teknologi yang terbaru..
- Commercialization / Revenue / Monetization - Ini yang paling penting, bagaimana projek/idea kita tu akan menghasilkan pendapatan/buat duit?. Kajian pasaran terhadap permintaan dan persaingan akan ditanya dan diambil kira.
- Viability (Daya Maju) - Ini juga penting, kena fikirkan target masa hadapan untuk idea tersebut. Adakah ia akan mati disitu sahaja? atau ia akan boleh berkembang? Sama ada berkembang secara geographic (malaysia-> asia -> dunia) atau berkembang kepada market/segmen yang berlainan. Contohnya macam agry bird.. mula2 kat ios je.. pastu keandroid.. blackberry.. nokia..facebook.. chrome os.. dan sebagainya..